P U A B U M I



Alamat Pusat Latihan PUABUMI

Khidmat Masyarakat PUABUMI...

Seminar anjuran PUABUMI... http://remisier7rm.blogspot.com

Ahad, 9 Januari 2011

Bursa Terus Meningkat

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Harga-harga saham dijangka meneruskan peningkatannya minggu ini dengan pelabur dirangsang oleh unjuran kukuh pemulihan ekonomi dunia, kemasukan dana serta pemintaan yang meningkat menjelang Tahun Baru Cina.
Menurut firma penyelidikan, terdapat pelbagai berita yang menggerakkan pasaran yang akan meningkatkan harga, termasuk cakap-cakap mengenai kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tahun ini.
Bagi minggu yang baru berakhir, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berjaya mengekalkan paras tinggi sejak didagangkan pada hari pertama 2011.
Saham berkaitan kewangan serta makanan dan minyak makan, mendapat perhatian, dengan saham telekomunikasi menyertainya pada Jumaat.
Penurunan kecil berikutan pengambilan untung masih berlaku, namun sentimen asas yang kukuh membolehkan ia diserap dengan baik.
Dagangan pada minggu yang baru berakhir, rancak dengan nilai saham mencecah paras tinggi RM3.69 bilion pada 5 Januari 2011, paras yang tidak jauh berbeza dengan RM5.567 bilion yang direkodkan pada hari yang sama 17 tahun lepas (5 Januari 1994).
Maybank memulakan tahun ini dengan pengumuman penting mengenai cadangan pengambilalihan 44.6 peratus firma pembrokeran Singapura, Kim Eng Holdings Ltd., bagi sejumlah RM1.9 bilion, untuk muncul sebagai broker kelima terbesar di ASEAN.
Cadangan pengambilalihan itu menerusi unitnya, Aseam Credit Sdn. Bhd. dengan harga S$3.10 (RM7.13) sesaham, dijangkakan selesai pada akhir Mei tahun ini. Jumlah kos pengambilalihan 100 peratus Kim Eng berjumlah RM4.26 bilion, katanya.
Harga saham Maybank ditutup pada RM9.00, pada Jumaat, susut satu sen.
Saham pengeluar kasut sukan dari China, Maxwell International Holdings Bhd., mula didagangkan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 56 sen, dengan premium dua sen, pada Khamis. Ia ditutup setengah sen lebih tinggi pada 57 sen.
Pada akhir minggu ini, FBM KLCI melonjak 3.5 peratus atau 53.3 mata untuk ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada 1,572.21, berbanding 1,518.91 pada penutupan Khamis minggu lepas.
Minggu ini, FBM KLCI mencecah paras tertinggi harian pada 1,576.95.
Mengikut perbandingan mingguan, Indeks FBM Emas meningkat 416.89 mata kepada 10,791.87, Indeks FBM Top 70 menambah 578.93 mata kepada 11,476.83 manakala Indeks FBM meningkat 144.90 mata kepada 4,492.46.
Indeks Kewangan melonjak 559.69 mata kepada 14,416.01, Indeks Perusahaan meningkat 96.11 mata kepada 2,929.06 manakala Indeks Perladangan menambah 212.18 mata kepada 8,248.43.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 10.7 bilion saham bernilai RM15.255 bilion berbanding 3.624 bilion saham bernilai RM5.355 bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 8.657 bilion saham bernilai RM14.758 bilion berbanding 2.602 bilion unit bernilai RM5.16 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE, meningkat kepada 453.175 juta saham bernilai RM81.022 juta berbanding 427.229 juta saham bernilai RM73.747 juta.
Waran meningkat kepada 1.517 bilion unit bernilai RM382.213 juta berbanding 532.831 juta saham bernilai RM103.534 juta sebelumnya
Ketua Penyelidik Runcit Affrin Investment, Dr. Nazri Khan berkata, FBM KLCI dijangka terus meningkat dalam jangka terdekat memandangkan pelabur mendapati faktor kukuh untuk membuat pertaruhan besar berikutan penutupan tinggi pada minggu pertama 2011 dengan keuntungan mingguan 3.1 peratus dan jumlah dagangan minggu terbaik dalam tempoh enam bulan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan